Monday, July 29, 2013

Ramadhan Yang Menduga

Posted by Zhakieya Haenim at 5:42 PM 0 comments
Assalamualaikum,

Ramadhan Kareem!

Ramadhan .: Bulan penuh barokah yang sangat ditunggu-tunggu oleh hamba-Nya yang soleh.

Ramadhan pada tahun ini,, secara jujurnya, I think it is better than last year. Apa yang better nya?
Banyak....... alhamdulillah.

Tatkala diri teringat saat2 mengharungi Ramadhan semasa SPM dahulu. Memang masa tu rasa the best moment of my life. Family pun ok sikit, hati pun lebih tenang. Mungkin sebab time tu nak perang exam kot, so jadi solehah lebih sikit. Bi'ah pun solehah je.. hati pun insya Allah bersih suci murni. Time tu cakap dengan family pun lemah lembut sopan bagai.

Sekarang ni, masya Allah dugaan agak menduga jugak la. Kesabaran dalam diri pun rasa tipis je. Ketenangan yang diharapkan sudah tidak dapat dirasai. rasa.. rasa.. heheh.

Sebab sekarang tengah fasa kena ujian, so still tak berapa nampak hikmah dan ibrah yang Allah nak ajar. Tak nampak pun takpe, I want to believe in Allah. Berjuang! Hiarghh!

Susah oh duduk sorang2 ni,, futur suka betul hinggap. Sobs..

at least, hafal doa 10 malam terakhir ye..




ok, Assalamualaikum ~~

Thursday, July 25, 2013

Summer 2013

Posted by Zhakieya Haenim at 3:59 AM 0 comments
Assalamualaikum,,,,,

Blog ni dah bersawang kot, lama sudah tidak ku jenguk. Ampunkan daku wahai blog, kesibukan telah memisahkan kita (sibuk kononnya) ditambah dengan godaan FB, twitter dan manga yang kelihatan lebih menyeronokkan dari berblogging. Tapi serious, nyesal oh tak blog.

Update,
Jaulah summerku ke Rome, Pisa, Florence, Venice, Milan, Turin, Nice, Marseilles, dan Paris telahpun berjaya dikhatamkan. My feeling, sungguh aku tak suka jaulah. Ada pulak homesick time2 jaulah. Sadis. Ditambah pula dengan kes pickpocket yang melibatkan sahabat sejaulah, memang menjunamkan mood berjaulah yang memang di takat negatif. Tapi, well, at least aku dah jejak kaki kat tempat2 tu jadi tak menyesal kot di kemudian hari.
Di Venice, Italy

Seriously, sekarang tengok2 gambar baru macam, eyh, lawanya tempat yang aku pergi ni! Waktu kat sana fikir nak balik sajork. Sobs.

Next update, baru selesai menjadi ajk yang menjayakan WOW 2013. Apa itu WOW? It stands for Wonderful Overseas Weekend. Alaa.. pre-departure program untuk sahabat2 yang nak fly. Okay ini sangat awesome! Penceramah jemputan yang datang bukan calang2 orangnya, mantap kot. Haish, takyah nak explain lagi, watch this video! 

















Best kan3.......... hehe.
Seronok tengok para peserta yang sangat matang dalam menerima apa yang para penceramah sampaikan. They really have a good insight. Semoga pengembaraan kalian dipermudahkan Allah swt.

Okay dah habis update.
Actually, raya ketiga ni dah kena balik Ireland sebab kena repeat paper. Ottoke!!!!!!
Itulah! kenapa tak belajar elok2 sayang oiiiii. Kan dah kena repeat. Tapi seriously, serik kot! Okay, I promise to myself, saya akan belajar elok2, taknak repeat2 dah..... 

Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba Mu ini. T.T

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Just Me Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei